Isnin, 27 Januari 2014

Setia Menantimu ..

        
           Kau terkejut dengan berita yang sepupu kau dari korea iaitu Chanyeol ingin datang ke Malaysia melawat kau sekeluarga .. Chanyeol dan 11 orang lagi iaitu Exo member , korean boy band yang terkenal di Malaysia akan tinggal dirumah kau untuk beberapa bulan .. kau terkejut apabila menerima e-mail dari Chanyeol yang menyatakan hasrat hatinya mahu ke Malaysia untuk berjumpa dengan kau dan membawa ahli2 kumpulan nya yang lain sekali ke Malaysia tanpa pengetahuan manager atau sesiapa pun .. menurut Chanyeol , ahli2 kumpulannya sepakat mahu ke Malaysia tanpa pengetahuan sesiapa kerana ahli2 kumpulannya penat mahu berlatih setiap hari dan penat dengan ganguan sasaeng yang sangat merbahaya.. mereka inginkan rehat yang secukupnya .. hati kau seperti mahu gugur bila membaca e-mail yang baru kau terima dari Chanyeol itu .. dan esok mereka akan tiba di Malaysia ! kau segera pergi memberitahu hal ini kepada ibu kau .. 

          Kau masih lagi terasa seperti sedang bermimpi .. kumpulan Exo yang kau amat minati itu bakal berkunjung ke rumah kau ! dan bakal tinggal dengan kau ! kau merasa bagai dunia ini kau yang punya .. kau amat menyukai D.O .. D.O adalah bias kau .. kau amat menyukai D.O .. tapi .. adakah nanti D.O akan pandang kau ? yang tak cantik mana ni ? adakah D.O akan layan kau dengan baik nanti ? ahhh .. tidak kesah lah semua itu .. janji kau dapat jumpa dengannya ! apa yang penting sekarang kau kena tidur ! kerana esok awal2 lagi kau kena berada di airport untuk jemput Chanyeol dan lain2.. kau terus memejamkan mata sambil membayangkan perkara yang akan berlaku esok .. pastinya esok adalah hari yang bermakna buat kau .. kau terlelap .. 

________________________________________________

(Di Airport)

          kau awal2 pagi lagi sudah tercegat disitu .. pagi itu orang tidak terlalu ramai .. almaklum lah .. awal pagi kan .. kau tunggu dan terus menunggu kehadiran Chanyeol dan ahli2 nya yang lain .. 'lambatnya dorang ni' omel kau dalam hati .. hati kau sudah melonjak gembira mahu berjumpa dengan Exo ! ishh .. kau duduk sambil buat muka blur .. tiba2 ada sekumpulan lelaki yang berpakaian pelik berada di depan kau .. kau agak terkejut .. siapakah mereka ini ? pelbagai persoalan berada diminda kau .. kau memandang kiri dan kanan .. kau betul2 takut sekarang .. 
  "err.. awak semua ni siapa ? apa yang korang mahukan ?" ujar kau takut2.. salah sorang dari lelaki itu merapatkan wajahnya ke wajah kau .. 
  "hoihh ! ni hyung lah .. Chanyeol ! takkan tak kenal ?!" ujar chanyeol .. kau melepaskan nafas lega..
  "laa.. hyung ke ? hek eleh ! saya ingatkan siapa lah tadi .. yang hyung pergi pakai pakaian yang pelik + macam perempuan ni kenapa ? tau tak lawak ?" ujar kau sambil tergelak besar.. 
  "amboi2 .. sukanya dia .. ni namanya menyamar ! gila ke nak kuar tanpa menyamar ? silap2 nanti kena tangkap dengan manager hyung nanti .. dah lupa ke kiteorang ni main lari je ? tanpa pengetahuan sapa2 ?" ujar chanyeol.. kau masih lagi ketawa.. 
  "hahahaha !! tapi lawak lah !! seriously lawak gila !" kau terus tergelak tanpa mempedulikan member Exo yang lain .. semua member Exo memerhatikan kau .. kau berhenti ketawa..
  " kenapa tiba2 semua serious ni ? seram pulak.. " ujar kau ..
  "seram ? tau pun seram .. hah gelak lah lagi ! " ujar Chanyeol..
 "lek ah hyung .. gurau je pun.. eh hyung xnk kenalkan saya dengan diorang ke ?" ujar kau ..
  "ohh yelah .. hyung terlupa pulak .. eh guys .. kenalkan .. ni kazen kesayangan aku .. _____(y/n) .. dia comelkan ? dia ni seorang yang gila2 .. perangai macam budak kecik .. yang paling penting dia peminat setia kita tau.." ujar Chanyeol .. kau menyiku perut Chanyeol .. ada ke patut dia cakap kau macam budak kecik .. 
  "Annyeong..____(y/n) imnida.." ujar kau sambil tunduk hormat .. 
  "Annyeong .. Exo imnida .. we are one ! we are Exo ! gembira bertemu dengan awak.." ujar semua member Exo.. kau terpegun ..
  "wow !! pandai cakap melayu lah !!! " ujar kau terkejut ..
  "mestilah pandai .. kami belajar dari Chanyeol .. " ujar Suho .. leader Exo ..
  "wahh.. Suho oppa .. handsomenya.." ujar kau .. kau seperti mahu pengsan ..semua member Exo ketawa kecuali D.O..
  "ehem2 .. oppa lagi handsome okey.." tiba2 Kai mencelah .. kau tergelak..
  "yaa paboo ! kai-ssi ! saya yang paling handsomelah !" ujar Tao sambil buat muka comel didepan kau..
  "yaa ! panda Tao ! oppa memang handsome.."ujar kau .. kau seperti mahu pengsan saja rasanya..
  "yaa ! bukan panda ni lah ! saya lagi handsome .. handsome is my style.." tiba2 Kris bersuara.. kau tergelak..
  "yaa pabo kris ! saya lah paling handsome ! ramai fans kat luar sana minat saya tau.." ujar Luhan pula.. keadaan semakin pelik.. kau seperti mahu membeli popcorn je..
  "yaa.. lulu gege .. jangan perasan okey .. saya maknae .. saya lagi handsome okey.." ujar sehun pula.. kau semakin pening..
  "woihh.. sudah2.. semuanya handsome2 .. handsome sangat .. jangan gaduh2 lagi .. jom lah kita gerak.. " ujar kau .. semua 
         Exo member mengikuti kau ke kereta .. kau berasa pelik dengan sikap D.O .. ahli Exo yg lain semua melayan kau dengan baik dan berbual-bual dengan kau .. tetapi tidak D.O .. D.O hanya mendiamkan diri .. senyum tidak .. gelak tidak .. dia seperti seorang yang angkuh dan sombong .. tapi kau tahu .. sifat D.O bukanlah begitu .. 

___________________________________________

(Di Rumah kau)
          lepas pulang dari airport tadi , semua Exo member keletihan .. masing2 tidur dengan nyenyak nya .. kau terpaksa masak untuk mereka .. kerana ibu kau ada hal di tempat lain .. jadi kau terpaksa tinggal dengan mereka saja .. nasiblah kau sudah biasa dengan Chanyeol .. jadi takdelah kau kekok sangat nak berbual dengan member Exo yang lain .. kau memotong sayur sambil melayan perasaan .. tanpa kau sedar jari kau terkena pisau .. kau menjerit kesakitan .. tiba2 D.O muncul disebelah kau lalu menolong kau ..
  
"aucchhh.." jerit kau..D.O memandang kau .. 'handsomenya dia..' desis kau dalam hati..
  "tahan sikit .. dah nak siap ni.." ujar D.O acuh tak acuh ..kau hanya mengangguk..
  "okey done.." ujar D.O lagi.. kau memberikan senyuman yang manis dekat D.O .. hati D.O bagai mahu gugur melihat senyuman kau .. 'cantik..' ujar D.O dalam hati .. sememangnya die terpegun melihat kau..
  "gomawo.. mianhae sebab susahkan awak je .." balas kau lalu menundukkan kepala .. kau berasa kurang selesa apabila ditenung D.O sebegitu .. D.O bagai tersedar..
  " ehem..cheonma.. mana ada susah .. saya cuma tolong je .." ujar D.O .. kau senyum .. D.O duduk disebelah au sambil memerhatikan kau yang sedang memotong sayur2 itu .. 
  "pandai ke masak ?" ujar D.O seperti memandang rendah terhadap kau ..
  "perempuan .. mestilah pandai memasak .. untuk bakal suami lah katenya .. mestilah pandai masak .. tapi kalau yang tak pandai masak tu nanti mesti akan pandai masak jugak.. nama pun perempuan kan..lelaki apa tau.." balas kau agak sedikit pedas.. D.O berdehem.. 
   "lelaki apa tau ? jangan ingat perempuan je boleh masak.. saya ni lelaki .. saya boleh masak jugak.. ala .. awak masak tu sedap ke tak ? entah2 tak sedap.." ujar D.O .. kau agak terkejut .. tak sangka pula perangai D.O macam ni .. sombong .. ee.. 
  "apa awak kata ? tak sedap ? hye.. ini ____(y/n) lah ! mestilah sedap !" ujar kau geram.. D.O tersenyum sinis..
  "sedap ? hahaha.. tengok gaya pun dah tau xsedap.." balas D.O pedas.. kau membulatkan mata .. kuang asam punya mamat .. eee.. macam manalah dia boleh jadi bias aku ? harap muka je handsome ! tapi ayat pedas.. tidak sempat kau membalas apa2 Chanyeol muncul ..
  "____(y/n) ahh .. masak apa ni ? boleh oppa tolong ? eh D.O kau pun ada sekali ?" ujar Chanyeol.. D.O hanya tersengih. memandang Chanyeol..
  "hyung-ahh.. saya masak ayam masak merah dengan sayur campur je.. yelah omma tak de.. jadi ni jelah yang termampu saya masak.. " ujar kau sambil tersenyum kearah Chanyeol.
  "omma pegi mana ? patutlah hyung cari takde.. wahh.. dah lama hyung tk makan masakkan Malaysia .. tk sabar pulak hyung nak makan ! D.O kalau kau nak tahu , si ___(y/n) memang pandai masak ! apa yang dia masak semua sedap ! dia ni bukan setakat masak je .. tapi macam2 lagi dia boleh buat ! dia ni memang power tau !" puji Chanyeol.. kau mengangkat kening kearah D.O apabila riak wajahnya berubah bila Chanyeol memuji kau .. 'hah ! baru terdiam kau D.O ! padan muka !' desis kau dalam hati..
  "ehh.. mana ada lahh .. Chanyeol ni memandai je .. omma dia ada hal kat tempat lain .. dia cuma suruh saya sampaikan rindu dia je dekat hyung.." ujar kau .. 

        Chanyeol hanya menganggukkan kepala .. dia membantu kau masak .. manakala D.O hanya melihat kemesraan kau dan Chanyeol.. dia memerhatikan gelagat kau .. aksi kau yang comel + sempoi itu membuat hatinya terpaut .. dia tidak menafikan perasaannya .. sejak di airport lagi dia melihat kau , hati dia sudah terpaut .. cuma dia tidak mampu meluahkannya .. dia hanya mampu menyimpan perasaannya .. dia sengaja melayan kau dengan teruk .. kerana itu adalah cara dia menambat hati kau .. walaupun agak pelik .. D.O terus memerhatikan kau..

_________________________________________________

          Selesai sudah makan bersama member Exo .. kau dan member Exo yang lain duduk di laman rumah kau .. walaupun tidak samapi sehari , kau dan member Exo bagai sudah berkenalan bertahun-tahun .. kau amat menyenangi mereka .. mereka juga melayan kau dengan baik .. kau semakin rapat dengan Kai .. Kai sangat sporting walaupun agak malu2 dengan kau .. 
  "___(y/n) ahh.. siapa bias awak dalam Exo ? " soal Kai .. member yang lain semua pandang kearah kau menantikan jawapan.. kau terkelu seketika..
  "soalan berat ni .. hehehe.. kalau ikutkan susah nak buat pilihan.. semua member Exo bias saya.. " balas kau sambil melemparkan senyuman yang manis ..
  "yaaa ! semua ? okey kalau macam tu list kan top 5 bias awak.. palli palli.." ujar Baekhyun yang sudah tidak sabar.. kau ketawa.. member Exo yang lain sudah menumpukan perhatian pada kau..
  "yaa.. okey2.. saya mula dari no.5 okey ? no.5 Suho , 4.Baekhyun , 3.Tao panda ! 2.Dancing machine kai ! 1.... " tidak sempat kau cakap member Exo yang lain buat bunyi seperti sudah sampai ke kemuncak.. kau ketawa.. 
  "no.1 ... jeng jeng jeng jeng .. Do Kyungsoo.." ujar kau sambil tersenyum .. D.O bagai terkejut .. dia menoleh kearah kau .. seperti tidak percaya yang dia adalah bias pertama kau ..
   "yaaaa ! D.O-ssi ? wahh.. untunglah awak D.O .." ujar Baekhyun.. kau ketawa..
   "alah.. dia main2 je tu .. entah2 kau no.1 baek.." balas D.O ..
   " Yaa paboo ! kau dah kenapa ? dah tentu2 dia sebut kau .. kau patut berbangga tau.. aku lagi sedih .. dia tak sebut nama aku pun.." ujar Luhan pura2 sedih .. kau tergelak..
  "luhan gege , jngn sedih2.. oppa bias ke-6 saya tau .. and D.O oppa .. awak memang bias 1 saya .. saya memang meminati awak .. sangat2.." ujar kau .. semua Exo member bersorak ..
  "apa lagi D.O ? menari lah untuk dia ! dia peminat kau tu !" ujar Kris .. akibat didesak D.O menari di depan kau .. kau terpegun .. betapa handsomenya D.O ketika itu .. kau menepuk tangan..
  "wahh hebat ! oppa nampak handsome ! " puji kau .. D.O hanya tersenyum .. itulah kali pertama kau lihat D.O senyum didepan kau .. kau membalas senyuman D.O .. 
  "ehh dah jomlah masuk weh.. dah nak malam ni .." ujar Chanyeol .. semua ahli Exo masuk kedalam rumah .. begitu juga dengan kau .. 

_____________________________________________

(3 minggu sudah berlalu)

         kau semakin akrab dengan Exo .. mereka layan kau dengan baik .. kau dengan D.O pun semakin pulih .. D.O melayan kau dengan baik .. tidak seperti dulu ..kau menuruni anak tangga dengan perlahan .. dibawah kelihatan member Exo sedang menonton tv .. tiba2 kau merasakan bagai ada seseorang memeluk pinggang kau dari belakang .. mata kau terbeliak .. kau terus menoleh kebelakang .. kelihatan Tao memandang kau sambil tersenggih..rupa2nya Tao yang memeluk kau tadi..kau sangat2 terkejut .. walaupun dalam keadaan terkejut , kau tetap melemparkan senyum kearah Tao ..
   "Tao oppa.. terkejut saya .. eh oppa kenapa tak join dorang ? dan kenapa oppa tiba2 je peluk saya dari belakang ? nasib saya tak de heart attack , kalau tak dah lama saya jalan tau oppa !" ujar kau .. Tao hanya ketawa.. comel sungguh ketika kau membebel itu .. hati Tao terpaut dengan kau .. selama 3 minggu dirumah kau , Tao asyik memerhatikan kau .. kau mempunyai ciri2 wanita idaman yang dia ingin kan .. dia benar2 sudah jatuh hati dengan kau .. disebabkan personaliti kau yang menari , ceria itu menambat hatinya ..
  "hahaha..malas lah nak join dorang.. mianhae.. oppa tak bermaksud pun nak terkejutkan awak..oppa cuma rindukan awak je .. " ujar Tao .. kau ketawa .. Tao bingung .. kenapa kau ketawa ? sedangkan dia tidak membuat lawak ?
  "rindu ? hahaha.. oppa ni .. semalam jumpa , pagi tadi jumpa , takkan dah rindu ? kelakar lah oppa ni !" ujar kau lalau menyambung tawa yang terhenti tadi .. Tao menarik muka masam .. kau terus memberhentikan ketawa kau ..
  "alooo .. merajuk pulak panda ni .. oppa.. saya gurau lah .. jangan lah macam ni .. yelah .. tak logik lah kalau oppa nak rindu saya .. saya bukan ada apa2 pun dengan oppa.. " ujar kau lalu tersenyum .. Tao memandang kau dengan tajam .. kau menelan air liur .. betapa ganasnya muka Tao .. Tao menarik tangan kau naik ke ruangan atas .. kau agak terkejut dengan tindakkan Tao .. Tao menyuruh kau duduk di sofa di ruangan membaca diatas ..Tao kelihatan serious ..
  "errrr..oppa ni kenapa ? maaflah kalau saya ada buat salah.." ujar kau dengan perlahan .. kau menundukkan kepala .. malu bertentangan mata dengan Tao..Tao tersenyum memandang kau .. kau kelihatan takut .. Tao memegang dagu kau ..
  "pandang saya .. sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu awak .." ujar Tao .. kau memandang Tao dengan pelik..
  "apa dia ?" soal kau .. Tao tersenyum memandang kau ..
  "sebenarnya .... emm.. oppa.. oppa.. emmm.. _____(y/n)-ahh.. saranghae.." ujar Tao malu2 sambil menundukkan wajahnya .. kau terkejut .. betul ke apa yang kau dengar ni ? betul ke ? D.O yang dari tadi memerhatikan kau dan Tao mengalir air matanya apabila mendengar ucapan Tao .. hatinya terluka mendengar kata2 yang keluar dari mulut Tao .. perempuan yang dapat merebut hatinya kini dilamar oleh kawan baiknya .. 'apa yang kau dah buat ni D.O ? kau sanggup tengok perempuan yang kau suka pegi macam tu je ? kenapa kau lemah sangat ? kenapa kau tak berani luahkan perasaan kau ? macam mana yang Tao sedang lakukan ?' desis D.O didalam hati .. D.O hanya memerhatikan kau .. dia mengharap kau tidak menerima Tao .. kerana dia telah jatuh cinta kepada kau ..
  "errrr.. oppa serious ke ?" soal kau .. Tao hanya mengangguk kan kepala.. kau buntu .. hati kau bukan dekat Tao tapi dekat D.O .. mana mungkin kau akan menerima Tao ? walaupun Tao salah seorang bias kau , kau lebih menyayangi D.O ..
  "oppa betul2 sayang dekat awak .. sudi tak awak jadi gf oppa ?" lamar Tao .. kau buntu ..
  "oppa.. mianhae.. saya.. saya tak boleh terima oppa .. bukan saya tak suka oppa , saya suka oppa cuma .. hati saya lebih suka dan sayang dekat D.O .. mianhae oppa.." ujar kau perlahan .. kau menundukkan wajah .. Tao mendekaktkan mukanya ke muka kau ..
  "wae ? wae ? teruk ke oppa ni ? kenapa awak tak nak terima oppa ?!" suara Tao agak meninggi .. kau jadi takut..
  "oppa.. mianhae.. oppa tak teruk pun .. cuma.. saya sayangkan D.O oppa.. mianhae.." ujar kau .. Tao memandang kau dengan tajam .. dia duduk dihadapan kau lalu mendekatkan lagi mukanya ke muka kau .. kau semakin kebelakang..
  "kenapa D.O ? wae ?tolonglah terima oppa.. jebal.. oppa sayangkan awak.."ujar Tao terus memeluk kau .. kau meronta minta dilepas .. rimas dengan tindakkan Tao .. D.O berang melihat Tao memeluk kau ..
  "oppa.. lepaslah .. saya tak selesa lah.." pinta kau .. malangnya , Tao tidak ambil peduli .. dia mengemaskan lagi pelukkannya..
  "oppa.. jebal.. sakit lah .. lepaslah.." pinta kau lagi..
  "kalau awak nak oppa lepaskan plis.. terima oppa.." rayu Tao.. kau rimas..
  "oppa.. tolong faham saya .. saya tak suka lah oppa buat macam ni .. ini dikira biadap tau !" ujar kau.. kau cuba menolak Tao tapi malangnya .. tidak berjaya .. D.O semakin berang.. dia meluru kearah Tao lalu memukul Tao .. D.O pantas menarik kau berdiri dibelakangnya..
  "Tao-ssi ! apa yang kau buat ni hah ? melampau kau tau ! budaya kita dengan dia lain ! so kau kena hormati dia ! apa yang kau buat ni semua memang biadap tau ?" ujar D.O agk lantang.. Tao tersenyum sinis..
  "wow .. hero datang.. D.O hyung.. mian .. saya cuma nak dia ! itu aja ! tapi... dia memilih awak.." ujar Tao .. hatinya pedih .. air matanya yang hendak gugur pantas diseka ..
  "tapi bukan ni cara kau nak dia ! dah dia tak nak kan kau ! kenapa kau buat macam tu ? Tao-ahh.. ramai lagi perempuan dekat luar sana .. awak handsome.. awak boleh pilih mana yang awak suka.. dia tak dapat terima awak , awak tidak perlu memaksa dia .. kenapa awak tiba2 jadi begini ? wake-up Tao ! awak dah besar.." ujar D.O panjang lebar .. Tao menundukkan wajahnya .. air mata yang ditahan akhirnya gugur..
  "mianhae D.O hyung.. mianhae ___(y/n) .. oppa tak sengaja .. maafkan oppa ..oppa terlalu ikutkan perasaan .." ujar Tao dalam keadaan teresak..
  "Tao oppa.. jangan nagis jebal.. tak ap.. sy tak kesah .. " ujar kau sambil mengusap lembut belakang Tao .. kau melemparkan senyuman yang cukup manis buat Tao .. tao membalas senyuman Kau ..
  "okeylah.. oppa nak turun . lagi sekali oppa nak minta maaf .." ujar Tao .. kau hanya menganggukkan kepala .. Tao berlalu pergi .. sebelum dia turun kebawah , disempat membisikkan sesuatu ditelinga D.O..
  "D.O hyung.. dia sangat cantik dan baik .. rugi kalau awak tidak dapat menerimanya.. saya tau awak dengar perbualan kami tadi .." ujar Tao sambil mngenyitkan mata ..
  "Yaa pabo !" jerit D.O .. Tao terus berlari ke bawah .. kau memandang D.O .. kau ingin berlalu pergi tetapi D.O menahan .. dia memegang tangan kau lalu menyuruh kau duduk..
  "___(y/n)-ahh.. sebenarnya .. oppa nak luahkan perasaan oppa .. sebenarnya oppa sayang dekat awak .. sejak petama kali kita jumpa , hati oppa dah terpaut dengan awak .. ____(y/n)-ssi .. saranghaeyo.."ujar D.O sambil menutup mukanya akibat malu.. kau tergelak..
  "tak romantik langsung ! hahaha.. D.O oppa .. saranghae !" ujar kau sambil membuat flying kiss lalu berlari ke bawah .. D.O tersenyum .. hatinya berbunga riang .. dia sangat gembira disamping kau..

________________________________________________

( 1 bulan berlalu )

          Sudah sebelum kau menjalinkan hubungan dengan D.O .. kau terfikir .. adakah hubungan kau dengan D.O akan berkekalan ? bagaimana dengan peminat D.O ? kau mungkin akan dibas teruk dengan fansnya .. dan bagaimana dengan kerjaya D.O ? D.O berkerja dibawah SM Entertaiment .. dan kau mendapati bahawa SM Ent tidak membenarkan artis dibawah naungannya bercinta .. bagaimana jika rahsia ini bocor ? kau pasti akan kecewa .. kau mengeluh..
  "hye ! termenung jauh nampak !" tegur Chanyeol .. kau terkejut .. member Exo yang lain pun ada bersama Chanyeol .. mereka ketawa melihat kau terkejut..
  "isshh ! hyung ni !! selalu terkejut kan orang ! kalau macam ni hari2 saya boleh kena heart attack tau !" ujar kau..
  "Heart attack konon ! xpe2.. D.O ada .. dia sedia merawat ___(y/n) nanti .." ujar Chanyeol .. member Exo yang lain tertawa .. kau menyiku perut Chanyeol..
  "woihh ! sakit ahh !" ujar Chanyeol .. kau menjilir kan lidah .. padan muka yeol ! siapa suruh cari pasalkan..
  "ehh ___(y/n) fikirkan apa tadi ? jauh sangat termenungnya.." soal Chanyeol.. kau mengeluh ..
  "cuma terfikir pasal hubungan dengan D.O .. agak2 fans dia serang saya tak nanti ? mesti fans dia marah kan . lagi2 sasaeng .. ___(y/n) cuma takut rahsia ni bocor .. kan SM tak bagi korang semua bercinta .. saya takut .. tu je .. " ujar kau lemah .. D.O merenung kau ..
  "yaaa.. kenapa awak fikir macam tu ? percaya lah .. rahsia kita ni takkan bocor .. walau apa pun terjadi , oppa tetap sayang __(y/n)" ujar D.O .. kau merenung D.O ..
  "yaa ! jangan sweet2 sangat ! kami dekat sini jeles !" ujar suho . kau tergelak ..
  "___(y/n) jangan risau okey ? kiteorang akan pastikan hubungn awak ngn D.O tak akan diketahui orang lain.." ujar Kai .. kau tersenyum ..
  "ehh guys .. aku dapat tau tadi , yang manager tengah cari kita semua .. sekarang ni semua orang tengah jejak kita .. mungkin ini agak bahaya .. habislah kalau diorang jumpa kita .." ujar Chanyeol kebimbangan..
  "yaa.. aku penatlah .. aku perlukan rehat .. bukan aku nak mengeluh ke apa .. cuma kita ni macam tak ada rehat .. memang aku tak kesah nak berlatih dance atau apa , cuma aku penat .. dengan sasaeng nya lagi .. ahhh..aku tau ni memang dah tugas kita .. lagipun ni semua untuk fans kita juga.. cuma aku perlukan rehat .. walaupun sekejap.." luah suho ..
  "saya setuju dengan suho hyung .. kita pun patut diberikan rehat ! tapi kan ... kesian fans2 kita kan .. mesti diorang risau dengar berita yang kita hilang.. " ujar Tao ..
  "dahh.. tak payah nak serabut kepala .. apa yang pasti sekarang ni kita cari jalan supaya tak dapat dijejak .. lagipun lagi berapa bulan kita balik lah .. bukan kita menghilang selamanya..ahh.. serabutnya kepala .. emm.. xpelah.. lupakan pasal tu .. sekarang ni kita rehat je ! " ujar suho ! member Exo yang lain bersorak ..

_____________________________________________________

(keesokkan harinya)

          kau duduk dilaman rumah bersama dengan D.O sambil berbual kosong .. kau baru tahu yang D.O ni sangat kelakar .. kau berasa sangat beruntung kerana memiliki D.O ..tiba2 satu kereta aneh muncul didepan rumah kau .. kau agak terkejut bila orang yang keluar dari kereta itu adalah orang dari korea.. mana kalah D.O pula menelan air liur .. itu sudah pasti manager Exo .. kau agak kecut perut melihat dorang didepan rumah kau .. mereka semua menuju kearah kau dan D.O ..
  "D.O-ssi ! rupanya disini kamu ya ! penat kami semua mencari kamu semua ! akhirnya kami dapat menjejakki kamu semua ! mana member kamu yang lain ?! dan siapa perempuan yang berada disebelah kamu ni ?" ujar lelaki yang agak berumur itu dengan tegas.. kau hanya menundukkan kepala..
  "maafkan saya .. mereka semua ada didalam .. perempuan ini adalah kekasih saya .. mianhae manager hyung.. kami bukan sengaja mahu menyusahkan kamu semua .. kami cuma inginkan rehat yang secukupnya.." ujar D.O dengan berhati-hati.. kau memandang D.O .. D.O sudah terlepas cakap .. dia telah memperkenalkan siapa kau .. dan ini akan memburukkan lagi keadaan .. manager Exo memandang kearah kau ..
  "kekasih ? awak tau  tak yang SM tidak benarkan artisnya bercinta ? dan kenapa awak memilih perempuan ni ? ramai lagi perempuan cantik diluar sana .. dan perempuan ni kelihatan kolot !" ujar lelaki itu .. kau memandang manager itu .. kolot ? dia cakap kau kolot ? teruk sangat ke kau ?! kau rasa sangat terhina .. hati kau bagai digores..
  "manager hyung ! tolong jaga mulut awak .. dia pilihan saya .. saya tau ini salah , tapi hati saya sudah terpaut dengan dia !" balas D.O agak tegas .. member Exo yang lain meluru keluar rumah apabila terdengar kekecohan yang berlaku diluar .. semua ahli Exo terkejut ..
  "manager hyung..."ujar suho.. manager Exo hanya memandang suho..
  "suho-ssi ! apa yang kamu lakukan ini ? kamu sebagai leader sepatutnya menjadi matang .. bukan mengajak ahli2 yang lain buat benda yang bukan2 dan membuat semua orang risau !" ujar manager itu .. suho menundukkan kepala..
  "mianhae manager hyung .. saya tahu kami semua salah .. dan selaku leader saya sepatutnya berfikiran lebih matang .. bukan niat kami semua ingin melarikan diri dan membiarkan kerjaya kami itu , kami sebenarnya hanya mahu rehat yang cukup .. sebab itu kami mengambil tindakkan datang kesini tanpa pengatahuan sesiapa .. sekali lagi saya minta maaf.. " ujar suho .. kau hanya membatu kan diri .. hati kau masih lagi sakit dengan kata2 manager Exo itu..
  "kalau kamu mahukan rehat , berjumpa dengan saya .. saya boleh memberikan kamu rehat yang secukupnya ! bukan dengan tindakkan melarikan diri seperti ini ! awak tau betapa risaunya fans awak ? saya harap awak tidak akan mengulangi lagi kesalahan ini !" ujarnya dengan tegas..
  "mianhae manager .. sebenarnya ini salah saya .. saya yang merancang semua ini .. tolong jangan salahkan suho hyung.." ujar chanyeol .. kau memandang chanyeol .. air mukanya berubah ..
  "Chanyeol ahh .. idea awak ? yaa ! wae ? aigoo .. sekarang saya nak kamu semua kemaskan baju2 kamu dan ikut saya balik ke korea sekarang !" lantang suara manager Exo itu .. kau terkejut .. member Exo yang lain hanya menundukkan kepala ..
  "noo ! saya tak nak tinggalkan malaysia ! saya masih perlukan rehat ! saya mahu tinggal disini buat sementara waktu .." ujar D.O .. dia sebenarnya belum bersedia mahu berpisah dengan kau .. D.O mengengam erat tangan kau..
  "yaaa D.O-ssi ! wae ? sebab perempuan ini ke ? yaa .. jangan jadi bodoh lah .. ramai lagi perempuan diluar sana yang lebih menarik .. dan awak lupa ke ?! awak tidak dibenarkan bercinta ! D.O-ssi ! wake-up ! buat apa awak dengan perempuan ni ? buang masa aja ! kerjaya awak itu lebih penting ! awak boleh cari perempuan lain ! yang setaraf dengan awak !" tempelak manager itu .. kau tergamam .. ye .. kau sedar.. kau tak setaraf dengan D.O ..
  "mianhae .. saya tau saya tak setaraf dengan D.O .. saya tahu saya ni tak cantik .. tak ada keistimewaan .. tapi tak perlu hina saya sampai macam tu sekali .. ianya betul2 menyakitkan saya .. saya sedar kedudukkan saya .. tapi siapa awak yang suka2 cakap saya macam tu ? maaf jika saya lantang .."ujar kau dengan penuh sopan .. air mata kau mengalir.. Chanyeol mengengam tangan kau ..manakala D.O hanya merenung kau .. mahu saja dia memeluk kau ketika ini..
  "manager hyung ! tolong jaga percakapan awak ! saya yang memilih dia ! saya tau bagaimana perangai dia ! dia sangat baik ! tolong jaga kata2 awak !" marah D.O ..
  "yaa ! awak tak layak cakap dia macam tu ! dia perempuan yang sangat baik ! selama kami berada disini , dia menjaga kami dengan baik ! awak tidak layak cakap dia macam tu.. "ujar Baekhyun .. dia juga kelihatan marah ..
  "manager hyung .. jangan pandang rendah terhadap kazen chanyeol ini .. dia sangat baik .. dia bagaikan Angel ! dia menghiburkan kami , dia melayan kami dengan baik .. dia adalah perempuan yang serba boleh ! awak patut kagum dengan dia macam mana kami kagum dengan dia ! dia memang betul2 hebat !" ujar Sehun pula .. ahli2 Exo yang lain juga turut membantu kau .. mereka tidak suka kau dipandang rendah seperti itu ..
  "ahh.. suka hati kamu lah ! yang penting kamu kena ikut saya balik sekarang !!" suara manager Exo itu semakin tinggi .. ahli2 Exo yang lain semua lari mengemas baju masing2 kecuali D.O .. dia hanya setia duduk disebelah kau..
  "D.O-ssi ! apa yang kamu tunggu lagi ?! cepat .. pergi kemas pakaian kamu !" arah manager itu..
  "tak ! saya takkan kemaskan pakaian saya ! saya nak duduk sini ! saya nak duduk dengan ____(y/n) .. saya takkan tinggalkan dia .. saya sayangkan dia.." bantah D.O .. kau memandang D.O ..
  "oppa.. oppa dengarlah cakap manager oppa tu .. peminat oppa mesti tengah risaukan oppa.. mereka semua msti rindukan oppa.. oppa balik lah.." ujar kau .. air mata kau mengalir.. benda yang paling kau takutkan telah pun terjadi . kau akan kehilangan D.O .. ianya sangat menyakitkan kau..
  "tak ! oppa takkan tinggal ___(y/n) selamanya.." ujar D.O .. matanya merah .. semua ahli exo yang lain telah turun kebawah .. mereka berdiri didepan kau.. kau hanya memerhatikan muka memeber Exo yang merah akibat menangis.. mereka amat sedih hendak tinggalkan kau .. terlalu sedih..
  "yaa ! cepat masuk ke kereta .. kita balik sekarang.."ujar manager itu lalu berlalu pergi ke kereta..
  "_____(y/n)-ahh .. mianhae.. kami semua terpaksa balik tinggalkan awak .. awak jaga diri awak baik2 okey ? kami janji yang kami akan datang jumpa awak nanti .. awak bagaikan adik kami .. kami sangat sayangkan awak ..gomawo sebab layan kami dengan baik .. " ujar Xiumin perlahan sambil menggosok kepala kau .. kau hanya tersenyum lesu ..
  "ne.. oppa .. korang semua jaga diri elok2 okey ? belatih elok2 .. jangan sakit2 .. saya akan tunggu kehadiran korang ke Malaysia lagi .." ujar kau lemah .. air mata kau mengalir pantas kau menyekanya ..
  "___(y/n)ahh .. jaga diri baik2.. nanti sampaikan terima kasih hyung dekat omma ye ? hyung pergi dulu tau.. jangan nakal2.." ujar Chanyeol lantas memeluk kau .. Chanyeol menangis kerana terpaksa berpisah dengan kau .. kau adalah kazen yang paling Chanyeol sayang .. semua member Exo menyalam kau lalu beredar pergi .. kecuali D.O .. dia masih lagi berada disebelah kau .
  "D.O-ssi ! apa kamu tunggu lagi ?!!! cepat masuk !!" arah manager itu.. D.O memegang tangan kau ..
  "tidak ! saya tidak akan pergi ! saya nak duduk sini !" balas D.O .. manager Exo turun dari kereta dan menarik D.O ..
  "oppa ! oppa !" jerit kau apabila D.O ditarik .. manager Exo menyuruh beberapa orang lagi ntuk membantu menarik D.O ..
  "aduh ! sakit ! lepas lah ! ___(y/n) ahh !! tunggu oppa !! oppa takkan tinggalkan awak ! oppa sayang awak !" jerit D.O yang sedang berusaha melepaskan diri .. malangnya tidak berjaya .. semua memeber Exo yang menyaksikan saat itu semua menangis ..
  "oppa jangan tinggalkan saya.." ujar kau lemah .. kau terjatuh ketanah .. lutut kau lemah .. tidak mampu untuk berdiri .. kau gagahkan jua .. kau bangun lalu mengejar D.O yang telah ditarik masuk kedalam kereta..
  "___(y/n) ! oppa minta maaf.. oppa tak dapat jaga awak .. tapi percayalah .. oppa akan sayang awak sampai bila2.. ___(y/n)-ahh .. saranghae .." jerit D.O .. kereta yang dinaiki D.O meluncur laju ..
  "oppa !! oppa !! jangan tinggalkan saya .. jebal .. jangan tinggalkan saya .." ujar kau lemah .. air mata kau semakin lebat .. betapa hancurnya hati kau ketika ini .. kau terduduk lemah diatas jalan raya itu .. sekarang yang hanya kau fikirkan adalah D.O .. D.O dan D.O .. kau tidak sempat memberikan surat kepada D.O .. surat yang kau tulis khas buat dia .. kau sudah menjangka hal ini akan berlaku .. perlahan-lahan kau mengeluarkan sekeping surat dari poket kau lalu kau dakap .. tiba2 kereta meluncur laju dari arah kanan .. tanpa sempat kau melarikan diri , kau dilanggar .. bammm ! kau terpelanting .. darah mula membasahi tubuh kau .. "D.O-ssi..sa..saranghae.." ujar kau perlahan dalam menahan kesakitan yang dilanda .. tiba2 dunia kau gelap .. kau tidak sedarkan diri ..
_________________________________________________

(3 bulan berlalu)

Di korea..

          D.O duduk sambil termenung .. membernya yang lain hanya memerhatikan D.O .. D.O jadi sangat pendiam sejak kembali ke korea .. dia sangat rindukan kau .. e-mail yang dihantarnya langsung kau tak balas .. dia amat risau dengan keadaan kau .. sejak dia balik ke korea kau terus menyepi .. Chanyeol berlari tergopoh-gopoh masuk kebilik latihan Exo .. dia duduk didepan D.O .. matanya merah .. seperti menangis ..
  "D.O-ssi.." ujar Chanyeol .. air matanya terus meluncur laju .. dia tidak dapat lagi menahan kesedihannya apabila mendapat e-mail daripada omma kau yang mengatakan bahawa kau sedang kritikal .. sudah 3 bulan kau dimasukkan ke hospital .. kau tidak dapat sedarkan diri . pendarahan dalam kepala kau teruk .. kau kemalangan selepas mereka berangkat balik ke korea .. member Exo yang lain terkejut melihat Chanyeol menangis .. Baekhyun segera memeluk Chanyeol untuk menenangkannya ..
  "Chanyeol-ahh . wae ? kenapa awak menangis ni ?" soal suho dengan cemas.. chanyeol teresak-esak..
  "_____(y/n) .. dia .. dia.." Chanyeol tidak dapat menghabiskan ayatnya .. dia benar2 sedih .. apabila terdengar nama kau , D.O segera duduk disebelah Chanyeol..
  "wae ? kenapa dengan __(y/n) ? kenapa ? kenapa ? bagitau aku cepat !!!" gesa D.O . dia benar2 risau .. hatinya berasa lain ... seperti ada sesuatu yang terjadi .. Chanyeol tidak menjawab .. dia hanya menangis..
  "chanyeol-ahh ! kenapa dengan adik kita tu ? kenapa dengan dia ? apa berlaku ? cepatlah cakap .." ujar Suho .. semua member Exo kelihatan sangat risau ..
  "dia.. dia kemalangan .. dah 3 bulan dia tidak sedarkan diri .. keadaan dia sangat kritikal .. tadi saya check e-mail , omma dia yang bagitahu .. " ujar Chanyeol dalam esakkan ..D.O terkedu .. lidahnya kelu .. handphone yang dipegangnya lalu jatuh kebawah .. hatinya benar2 luluh mendengarkan khabar kau yang disampaikan oleh chanyeol tadi .. dia benar2 tidak sangka yang kau mengalami kemalangan .. perlahan-lahan air mata D.O meluncur dengan lajur .. luluh hatinya ..
  "betul ke semua ni ? macam mana ni boleh berlaku ? ____(y/n) ahh.. mianhae.. oppa xde bersama awak sekarang .. oppa xtau apa yang harus oppa buat sekarang ni .. " ujar D.O dalam esakkan .. Kai memeluk D.O untuk menenangkan D.O ..
  "bro relax okey .. aku rasa dia xde apa2 tu .. percayalah .." pujuk kai .. D.O hanya menangis .. semua member Exo sedang dilanda kesedihan .. masing2 risau pasal kau ..
  "aku dah tak boleh relax dah weh.. aku sayang dia .. aku tak nak dia pergi dalam hidup aku .. aku sayang dia weh.. kenapa semua ni berlaku ? ni semua salah aku .. " ujar D.O .. air matanya semakin lebat ..
  "sabar lah weh .. jangan salahkan diri sendiri.. jangan lah macam ni .." ujar Xiumin .. D.O hanya mendiamkan diri .. D.O bangun dan bergegas mengemas pakaiannya ..
  "kau nak pergi mana ni ?" soal Kris ..
  "aku nak pergi Malaysia ! aku nak pergi tengok ___(y/n) .. aku nak jaga dia .. " ujar D.O ..
  "wehh.. mana boleh .. minggu depan kita ada show dekat china.. " ujar Kris..
  "aku tak kira ! show ke apa ke lantak lah ! yang paling penting sekarang adalah ____(y/n) .. dia yang paling penting pada aku sekarang ni .. kalau manager tanya mana aku kau cakap aku balik kampung .. nanti aku akan suruh omma aku cover line .." ujar D.O ..
  "aku ikut kau D.O" ujar Chanyeol.. Chanyeol juga bergegas mengikut D.O.. air mata D.O masih lagi belum berhenti .. dia dan Chanyeol bergegas terus ke airport .. member Exo yang lain hanya terdiam dengan tindakkan D.O .. dia benar2 sayang kan kau .. sampai dia sanggup tak nak pergi show .. sungguh besar cinta D.O pada kau ..

__________________________________________________

(Di Malaysia)

         setiba mereka di Malaysia , D.O dan Chanyeol terus bergegas ke hospital.. D.O amat risau kan kau .. dia benar2 risau kan kau .. dia berharap sangat kau tak apa2..

(Di Hospital)

          Chanyeol dan D.O terus pergi ke wad kau .. dimana omma kau sedang menangis ..
  "aunty .." panggil Chanyeol .. mak kau menoleh ..
  "yeol .. macam mana kamu ada disini ? eh ni bukan bias ___(y/n) ke ? dia memang suka sangat dengan awak D.O .." ujar omma kau .. D.O tersenyum tawar..
  "aunty .. macam mana dengan keadaan ___(y/n) ?" soal Chanyeol ..
  "aunty .. dia tak apa2 kan ?"soal D.O pula .. dia sangat2 risaukan kau .. Mak kau hanya mengeluh .. dia terduduk lemah dikerusi .. Chanyeol dan D.O berpandangan .. tentunya ada sesuatu yang buruk terjadi ..
  "kenapa ni aunty ? ada apa2 yang tak kena ke ?" soal Chanyeol cemas ..
  "tadi doktor ada bagitau aunty yang __(y/n) juga ada masalah hati .. dia kena segera dibedah kalau nak selamat .. bahagian kepala dia dah selesai .. cuma bahagia hati dia .. dia perlukan penderma hati dengan segera .. tapi masalahnya sekarang langsung tiada yang sesuai .." ujar omma kau dengan lemah .. D.O terkejut .. begitu juga dengan Chanyeol ..
  "ha ? biar betul aunty ? abis macam mana dengan dia ? berapa lama die boleh bertahan ?" soal D.O .. air matanya kembali melebat ..
  "betul D.O .. dia hanya  boleh bertahan dalam beberapa hari saja lagi .. kalau tak de pendrma yang sesuai , dia .. dia tidak ada peluang untuk hidup.." ujar omma kau .. perlahan-lahan air mata omma kau turun membasahi pipi begitu juga dengan Chanyeol dan D.O ..
  "teruknya .. macam mana kita nak selamat kan ___(y.n) ? saya tak sanggup nak kehilangan dia .. saya sayang die.." ujar D.O sambil menangis .. dia benar2 sedih tatkala ini .. wajah kau bermain diruang fikiran dia .. dia benar2 tak sanggup kehilangan kau .. D.O perlahan-lahan bangun lalu menerpa ke arah Doktor yang baru saja keluar dari wad kau ..
  "doktor , saya nak dermakan hati untu __(y/n) .. ambil lah hati saya .." ujar D.O .. dia nekad mahu membantu kau .. dia tidak kesah dengan keadaan dirinya .. dia tidak kisah jika dia pergi sekalipun .. janji kau selamat .. Chanyeol dan omma kau yg dgr kata2 D.O tergamam ..
  "D.O-ssi .. betul ke awak nak derma hati ni ? " ujar Chanyeol cemas ..
  "betul ! saya yakin . saya tak sanggup nak tengok ___(y/n) sakit .. saya rela pergi demi dia .." ujar D.O .. dalam diam Chanyeol bangga dengan D.O .. dia sanggup berkoraban untuk kau .. dia sanggup korban kan nyawanya untuk kau ..
  "D.O .. awak yakin ? makcik tak nak susahkan awak.."ujar omma kau.. D.O tersenyum pahit ..
  "saya yakin makcik . saya benar2 yakin .. tak menyusahkan pun .. demi ___(y/n) saya sanggup.." ujar D.O .. mak kau menangis .. dia benar2 terharu dengan tindakkan D.O yang sanggup korban kan nyawa demi kau ..

        D.O mengikuti doktor pergi menguji hatinya sama ada sesuai dengan kau atau tidak .. dia berharap sangat sesuai .. dan akhirnya .. doktor mengesahkan hati D.O sesuai dengan kau .. dan D.O akan dibedah esok begitu juga dengan kau untuk pemindahan hati ..
  "D.O.. kau betul2 yakin ke ? kau tak risau ke ? kerjaya kau macam mana ?" soal chanyeol yang berehat diruang rehat ..
  "aku betul2 tekad .. aku tak kesah pasal semua tu .. yang penting kekasih aku selamat .. " jawab D.O lemah .. Chanyeol menepuk-nepuk bahu D.O .. dia sebagai kawan , bangga dengan D.O .. D.o sedang menulis sesuatu .. Chanyeol hanya memerhatikan D.O ..
  "Kau tulis apa tu ?" soal Chanyeol ..
  "rahsia .. weh .. nanti kalau aku dah tak de , aku minta kau sampaikan surat ni dekat ___(y/n) ye ? lepas tu aku nak kau jaga dia elok2 .. jaga kan dia untuk aku tau .. walaupun aku dah tak de nanti , tapi aku tetap setia menanti dia .. " ujar D.O lemah .. Chanyeol menumbuk bahu D.O ..
  "kenapa kau cakap cam tu hah ?! xbaik cakap macam tu .. kau akan selamat .. percayalah.." ujar Chanyeol .. dia juga tidak sanggup kalau kehilangan D.O ..
  "aku cakap je pun .. eh dah lah .. aku nak rehat ni .. esok aku harap2 pemedahan tu berjalan dengan lancar .." ujar D.O sambil melelapkan matanya ..

______________________________________________________

(Keesokkan harinya)

           Awal pagi lagi Chanyeol dan D.O sudah tercegat di hospital .. ni semua kerana D.O yang sudah tidak sabar mahu menyumbangkan hatinya kepada kau ..
  "kau ni .. pagi sangat ni datang .. aku ni masih mengantuk tau.." ujar Chanyeol..
  "hek eleh kau ni ! lek ah.." balas D.O .. tidak lama kemudian omma kau dan doktor tiba .. kau dibawa kebilik bedah .. sebelum kau melakukan pemedahan kau sempat berpesan pada Chanyeol menyuruh dia mnyampaikan salam sayang buat kau dan menyampaikan sepucuk surat untuk kau .. D.O segera dibedah untuk membuat pemindahan hati ..

_______________________________________________________

( 2 bulan kemudian )

          Kau baru sedar daripada tidur panjang kau .. kau kembali pulih .. sebaik sahaja kau membuka mata , kau ternampak semua member Exo berada diruang bilik kau .. mereka mempunyai show di Malaysia .. jadi mereka mengambil kesempatan melawat kau .. merek terus meluru ke arah kau setelah melihat kau tersedar dari tidur lama kau ..
  "____(y/n)-ahh ! awak dah sedar ?! bagus lahh.. " ujar Chanyeol dengan gembira .. kau tersenyum pahit .. kau tak ingat apa2..
  "apa yang terjadi ni ?"soal kau ..
  "awak kemalangan .. dan koma hampir 5 bulan .. " jawab Chanyeol .. kau memandang wajah2 member Exo .. satu persatu kau pandang .. tapi kau pelik .. dimana D.O ? dimanakah dia ? kenapa dia tak ada ? kau semakin pelik ..
  "_____(y/n)-ahh .. awak okey tak ni ? kami semua rindukan awak .." ujar sehun .. kau tersenyum pahit ..
  "mana D.O ?" soal kau .. kau benar2 mahu melihat wajah yang kau amat rindui .. kau benar2 rindu terhadap D.O .. semua muka member Exo berubah .. masing2 berwajah ceria kini menjadi suram ..
  "kenapa diam ni ? mana dia ? saya nak jumpa dia .. saya sangat rindukan dia .." soal kau .. kau kebingugan melihat member Exo yang berubah wajah .. mereka kelihat sedih bila kau cakap pasal D.O .. Chanyeol mendekati kau .. dia duduk disebelah kau..
  "___(y/n)-ahh .. hyung ada sesuatu nak cakap.. ni berkaitan D.O .." ujar Chanyeol lemah ..
  "kenapa dengan dia ? mana dia ? apa jadi ?" ujar kau dengan cemas .. Chanyeol mengeluh..
  "kalau hyung cakap , awak jangan terkejut .. awak sabar tau .. sebenarnya .. D.O dah pegi buat selamanya.. hari tu semasa awak kritikal , D.O ada mendermakan hati kat awak .. sebab awak ada masalah hati .. D.O tak sanggup kehilangan awak .. dia ambil keputusan mendermakan hati dia kat awak .." ujar Chanyeol .. kau tergamam mendengar penjelasan Chanyeol .. kau benar2 tak sangka .. disebabkan kau .. D.O sudah tiada . kau menangis .. menangis teresak-esak .. Chanyeol memeluk kau ..
  "sabarlah .. hyung tau awak sedih .. kami semua ni pun sebenarnya sedih dengan pemergian D.O .. ___(y/n) sabar lah ye.." ujar Chanyeol .. kau hanya menangis didalam pelukkan Chanyeol .. kau benar2 sedih .. sedih yang teramat .. 'oppa.. kenapa oppa tinggalkan saya ? kenapa oppa bagi hati oppa kat saya ? kenapa oppa buat macam ni ? oppa.. saya tak sanggup kehilangan oppa.. oppa.. kembalilah .. saya perlukan oppa.." ungkap kau didalam hati .. air mata kau makin meluncur laju ..

_________________________________________________________

( 2 minggu kemudian )

         Kau sudah pun pulang kerumah .. hari ni adalah hari terakhir member Exo berada di Malaysia.. sebelum mereka pulang mereka sempat menjenguk kau .. kau asyik nagis saja .. dari keluar hospital lagi .. sejak kau tau tentang kepergian D.O , semangat kau bagai hilang .. kau rasa kekuatan kau tiada .. member Exo duduk disebelah kau..
  "_____(y/n) ahh .. kami semua dah nak balik .. emm.. ___(y/n) ahh .. hyung ada sesuatu nak bagi awak .. ni amanah dari D.O . sebelum dia pergi , dia minta hyung bagi ni kat awak.." ujar Chanyeol sambil menghulurkan sekeping surat dan juga gambar.. kau menyambut huluran Chanyeol..
  "kami pergi dulu ye .. awak jaga diri tau .. jangan lupa makan .. awak kena bangkit ..awak kena pulihkan semangat awak .. jangan jadi lemah .. D.O sentiasa disisi awak .. awak kena tahu tu .. baiklah .. kami berangkat dulu ..bye .. jaga diri elok2.." ujar Luhan .. semua ahli member yang lain mengucapkan selamat tinggal kepada kau .. mereka berlalu pergi ..

          Kau duduk di hujung katil sambil memegang surat dan juga gambar yang D.O bagi kat kau .. gambar kau dan D.O yang D.O snap sewaktu dia ada dimalaysia .. sewaktu kau dan dia menjadi pasangan kekasih .. kau memeluk gambar itu dengan erat.. kau benar2 merindui D.O saat ini .. kau membuka surat yang diberikan Chanyeol tadi .. perlahan-lahan kau membacanya ..

     Untuk sayangku tercinta , 

awak , disini saya menulis surat khas buat awak .. sewaktu awak menerima surat ini , sudah pasti saya telah tiada didunia ini lagi .. untuk pengatahuan awak , saya sangat senang hati menderma hati saya untuk awak .. saya sangat bahagia kerana dapat menolong awak .. saya tidak peduli akan diri saya , janji saya dapat menyelamatkan awak .. awak , untuk pengetahuan awak , saya benar2 mencintai awak .. sepenuh hati saya .. awak , jagalah hati saya dengan baik . itu satu2 nya hadiah saya untuk awak .. awak anggaplah itu saya yang sentiasa berada didalam hati awak .. awak , jika saya sudah pergi , saya mohon , jangan mandikan saya dengan air mata awak .. saya tak suka tengok sayang saya ni nagis .. awak , janganlah sedih dengan kepergian saya .. awak , saya akan sentiasa menyayangi awak .. walaupun saya sudah tiada di dunia ni , tapi saya masih lagi berada di hati awak dan disisi awak .. walaupun kita baru saja berkenalan , tapi hati saya benar2 mencintai awak .. sepenuh hati saya .. saya akan setia menanti awak .. walaupun saya sudah tiada , saya kan menantian kedatangan awak .. awak .. saya ingin memohon maaf kalau saya ada buat salah dekat awak .. saya harap awak memaafkan saya .. 
             
               ukirlah senyuman yang paling manis buat ku ,
               kerana senyuman mu kekuatan buat diri ku ,
               janganlah kau menangis , 
              kerana itu menyakitkan hati ku ,
              jika aku sakit , ubatilah aku dengan kasih sayangmu ,
              jika ku pergi dulu , 
             janganlah kau mandikan aku dengan air mata mu ,
             jika aku dikuburkan ,
            kuburkanlah aku didalam hati mu Sayang .. 
           Kerana cinta ku tidak akan goyah walaupun diri di mamah bumi..
           Percayalah Sayang , hanya diri mu yang aku cinta sehingga akhir hayat ku..
           Aku akan tetap setia menantimu Sayang .. 

_____(y/n)-ahh .. saranghae .. I love you .. awak jaga diri baik2 ya .. saya akan sentiasa merindui awak dan kenangan kita bersama .. :')

                                                                                                 Yang Tegar Mencintaimu ,

                                                                                                      Do Kyungsoo ...
                       -Tamat-


#Akhirnya xD siap jugak imagine D.O xD ni semua sempena hari jadi dia hari tu xD imagine kali ni agak panjang xD hahah .. tapi hambar XD Mianhae kalau tak best .. aku betul2 dah kekeringan idea xD yang ni aku main hentam je XD sebarang komen cm biasa ah xD mention aku @NabilaRilzz atau ask aku je .. :) okey bye !


2 ulasan: